Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

214) “CORRECTIVE WORK ORDERS”

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk membangkitkan keperluan meminta akta-akta berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan supaya "Corrective Work Orders" boleh dilaksanakan untuk mereka yang membuang sampah secara berleluasa atau mengotorkan persekitarannya?

    Untuk makluman Yang Berhormat, elemen “Corrective Work Orders” (CWO) kepada pesalah yang melibatkan pembuangan sampah juga telah dijadikan sebagai hukuman dan dimasukkan ke dalam draf Dasar Rang Undang-Undang (RUU) Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Negeri Selangor sekiranya ia sesuai dan praktikal untuk dijadikan sebagai salah satu bentuk perlaksanaan hukuman. Namun CWO ini lebih kepada bentuk pendidikan kepada pesalah dan tidak dihadapkan ke mahkamah. Kerajaan Negeri telah pun mengutarakan hasrat pewujudan RUU ini kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk rundingan selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.