Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

209) COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan menurut DUN, sepanjang menghadapi COVID-19 berapakah jumlah dalam RM bantuan langsung yang telah diberikan kepada rakyat.

    Bantuan yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri tidak menetapkan sebarang pembahagian mengikut DUN. Mereka yang dikenalpasti layak akan diberikan bantuan yang berkenaan tanpa mengambil kira kawasan DUN mereka. Justeru, tiada sebarang data yang boleh dirujuk untuk menentukan jumlah sebenar bantuan yang diberi mengikut DUN. Walau bagaimanapun, satu bantuan khusus daripada peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN) telah diberikan kepada semua kawasan DUN yang keseluruhannya berjumlah sebanyak RM5.04 juta (RM30 ribu bagi setiap fasa) dan telah disalurkan sebanyak 3 fasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.