Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

236) COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jati diri rakyat Selangor mendepani COVID-19 adalah suatu yang unprecedented. Apakah norma-norma baru yang diperlukan oleh rakyat pelbagai kaum dan agama bagi menjaga lima bidang kritikal berikut: (a) Agama dan spiritual (b) Jiwa (c) Akal dan intelek (d) Keturunan (e) Harta

    Pada Februari 2020 Malaysia mula terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Dengan trend kes dunia sedia ada, wabak COVID-19 dijangka akan berterusan untuk tempoh masa yang agak lama dan ianya tidak akan berakhir dalam jangka masa yang terdekat. Pada 18 Mac 2020 kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dalam usaha membendung wabak COVID-19 ini, dan sehingga kini ianya telah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Langkah ini tidak akan berjaya tanpa komitmen keseluruhan rakyat di Malaysia sama ada petugas barisan hadapan mahupun masyarakat di peringkat komuniti di Negeri Selangor.

    Bagi tempoh yang seterusnya dalam memerangi wabak ini, Community Empowerment diperlukan dalam memastikan wabak COVID-19 ini dapat dibendung. Amalan norma baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul, tidak bersalaman, penjarakan social dan memakai topeng muka adalah salah satu langkah yang diperlukan dalam mengurangkan risiko jangkitan. Amalan baharu ini juga memerlukan masyarakat mematuhi peraturan-peraturan ataupun SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan masyarakat dapat mendisiplinkan diri bagi mengawal penularan COVID-19 seterusnya dapat mengekalkan sesuatu kawasan/mukim di dalam negeri kekal hijau.

    Di dalam fasa pemulihan ini, tanggungjawab dalam memerangi COVID-19 terletak di tangan kita bersama. Penjagaan kebersihan diri perlu diamalkan, mematuhi SOP yang ditetapkan setiap masa dan amalkan penjarakan social sebagai norma baharu di tempat-tempat kerja atau di tempat-tempat awam. Memandangkan vaksin bagi wabak COVID-19 ini masih belum ditemui, maka pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan akan sentiasa bekerjasama dalam menyelaraskan gerak kerja yang sewajarnya dalam menangani wabak COVID-19 khususnya di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.