Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

108) COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Ketika Selangor mendepani COVID-19, dalam tempoh yang sama berapakah bilangan kematian bagi pesakit penyakit berjangkit berikut: (i) Denggi (ii) Leptospirosis (iii) HIV/AIDS (iv)Tuberkulosis. Adakah penyakit-penyakit berjangkit di atas boleh menjadi pembunuh seiring dengan COVID-19? Apakah persediaan Selangor?

    Jumlah penyakit demam Denggi yang didaftarkan pada tahun ini sehingga bulan Jun adalah sebanyak 30,131 dengan 29 kematian. Ini menunjukkan penurunan kes sebanyak 15% dan kematian 3% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

    Bagi penyakit Leptospirosis, sebanyak 38% penurunan kes dilaporkan, namun pada tempoh yang sama kes kematian telah meningkat sebanyak 50%.

    Bagi kes HIV/ AIDS sebanyak 18% penurunan kes didaftar dan penurunan 1.2% kematian sehingga Jun 2020.

    Bagi kes TB, terdapat sebanyak 1.4% peningkatan kes dan peningkatan 24% kematian berbandingan tempoh semasa tahun lalu (sehingga Jun 2020).

    Jadual 1. Perbandingan Bilangan Kes dan Mengikut Penyakit Tahun 2020 dan 2019. [Sehingga Jun 2020 (ME 26/2020) dan Jun 2019 ( ME 26/2019)]

    Ya, penyakit berjangkit seperti di atas mempunyai risiko kematian yang berbeza- beza mengikut pendedahan terhadap virus atau bakteria penyebab penyakit

    Persediaan Selangor:

    1.  Pemantauan penyakit di peringkat negeri dan daerah melalui sistem pelaporan e notifikasi.
    2. Menjalankan ujian saringan awal penyakit berkenaan di pelbagai peringkat fasiliti kesihatan bagi pengesanan awal dan seterusnya rawatan bagi mengelakkan komplikasi dan kematian.
    3. Menjalankan pengesanan kontak bagi kes positif TB dan HIV/ AIDS.
    4. Mengukuhkan kompetensi “frontliners” melalui latihan/taklimat secara berterusan terutama bagi mengenalpasti gejala penyakit berkenaan dan memberi rawatan yang optima kepada pesakit.

     

    Kerajaan Negeri memberi insentif sebanyak RM800.00 kepada setiap pesakit TB bagi membantu memudahkan pesakit mendapatkan rawatan yang lengkap di Klinik Kesihatan atau Hospital.

Lampiran

Tiada Lampiran.