Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

109) COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kesan PKP COVID-19 ke atas aktiviti masjid terutama Ramadan membawa impak kepada: (i) Kesejahteraan beribadat dan kerohanian, (ii) Peningkatan ilmu, kefahaman dan penghayatan Islam, (iii) Kerukunan hidup kejiranan dan ukhuwwah, (iv) Pemantapan sosial dan kebajikan. Apakah program-program pengislahan yang akan dilaksanakan dalam masa tersingkat?

    Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan, pelaksanaan pengimarahan masjid yang meliputi kerohanian, sosial dan kebajikan sangat terhad untuk dilaksanakan. Walau bagaimanapun, program-program kerohanian seperti ceramah/ kuliah tetap dilaksanakan namun dibuat secara online di media sosial seperti facebook. Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor) telah menjadi platform utama pihak kerajaan negeri dalam menyampaikan dakwah-dakwah Islam khusus aktiviti ceramah. Program Rakyat Selangor Berdoa dan Tadarus Al-Quran juga telah dibuat secara langsung di facebook masjid negeri pada setiap hari di bulan Ramadan.

    Masjid-masjid di seluruh Negeri Selangor juga telah melaksanakan Program Rakyat Selangor Berdoa dan Zikir Munajat sepanjang tempoh PKP. Pelaksanaannya telah dibuat secara berkala dan langsung (live) di media sosial masjid serta ahli kariah masjid telah digalakkan untuk turut sama mengikuti program tersebut secara langsung.

    Selain itu, program Corporate Social Responsibility (CSR) atau kebajikan juga telah dibuat di masjid-masjid bagi membantu ahli kariah yang terputus bekalan keperluan harian sepanjang tempoh PKP.

Lampiran

Tiada Lampiran.