Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

29) COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kematian pesakit COVID-19 di Selangor yang adalah juga penghidap penyakit tidak berjangkit berikut: (a) Diabetes (b) Kanser (c) Sakit jantung (d) Hipertensi Apakah rancangan kerajaan dalam mendepani keadaan ini.

    Jumlah kematian akibat Covid-19 di Selangor adalah 24 kes. Daripada jumlah tersebut, 18 kes mempunya penyakit kronik dan pecahan kes-kes tersebut adalah:

    Penyakit kronik Kematian covid-19
    Diebetes 6
    Kanser 1
    Sakit Jantung 2
    Hipertensi 9

    Kesemua penyakit yang di atas dikategorikan sebagai penyakit (kronik) tidak berjangkit. Bagi mendepani cabaran ini, pihak KKM telah merangka teras utama berdasarkan District Risk Reduction Program (DRRP) yang akan mengguna pakai strategi CAPP sebagai strategi utama. Strategi CAPP yang dimaksudkan adalah:-

    C – Cegah & Didik
    A – Amal
    P – Patuh
    P – Pantau

    Melalui strategi yang dimaksudkan ini, golongan yang perlu dilindungi akan terus dilindungi dan daerah akan terus mengekalkan status hijau. Contohnya:

    i. Saringan awal komplikasi dilaksanakan di peringkat Klinik Kesihatan seperti pemeriksaan kaki, fundus, pemeriksaaan darah dan lain-lain.
    ii. Golongan Berisiko (pesakit-pesakit kronik) akan diberi keutamaan semasa rawatan dan saringan.

Lampiran

Tiada Lampiran.