Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

73) COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sepanjang tempoh PKP COVID-19: (a) apakah bantuan-bantuan yang telah diberi terus kepada rakyat oleh Kerajaan Selangor (b) apakah kriteria ditetapkan layak menerima bantuan (c) bilangan penerima seluruh Selangor

    Jawapan bagi Sub Soalan A dan C:

    Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan kepada penduduk di Negeri Selangor di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin. Di bawah Pakej ini, terdapat sebanyak 42 inisiatif telah diperkenalkan yang melibatkan impak kewangan sebanyak RM413.933 juta.

    Perincian setiap inisiatif berserta jumlah peruntukan adalah seperti di Lampiran berikut:

    B. Berkaitan dengan kriteria kepada penerima bantuan, Kerajaan Negeri tidak menetapkan kriteria tertentu bagi tujuan kelayakan. Kelayakan bantuan adalah berdasarkan inisiatif yang diperkenalkan seperti bantuan insentif one-off RM500 kepada penjaja / peniaga kecil yang memiliki lesen / permit sah tahun 2020 di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Penjaja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020 sahaja yang layak memohon dan pemohon hanya layak memohon sekali sahaja walaupun mempunyai lebih daripada satu lesen / permit dari PBT / Majlis yang berbeza.

    Penangguhan bayaran bagi Skim Smart Sewa. Mereka yang layak hanyalah peserta Skim Smart Sewa yang dilaksanakan di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

    Hanya bantuan kepada warga Selangor yang dijangkiti Covid – 19 sahaja yang mempunyai syarat kelayakan khusus iaitu pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang bermastautin di Selangor melebihi 5 tahun dan telah disahkan positif Covid – 19 oleh hospital / klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar.

Lampiran

Tiada Lampiran.