Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

189) COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria, kaedah dan proses yang digunakan oleh JAIS dalam menentukan masjid-masjid yang dibenarkan solat Jumaat semasa wabak COVID-19.

    Kriteria dan proses yang digunakan oleh JAIS dalam menentukan masjid –masjid yang dibenarkan untuk mendirikan Solat Jumaat semasa wabak COVID-19 adalah hasil daripada penjelasan Jawatankuasa Khas covid-19 Peringkat Negeri Selangor yang terdiri daripada Pengarah Kesihatan Negeri Selangor,Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang akan memberikan sembah taklimat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenaan situasi semasa berkaitan kedudukan dan data terkini wabak covid-19 yang bersidang 2 minggu sekali. Setelah mendapat perkenan dalam Majlis Sembah Maklum dan taklimat berkenaan yang dipengerusikan sendiri oleh D.Y.M.M Sultan Selangor, Perkenan serta titah Kenyataan Akhbar D.Y.M.M Sultan Selangor akan di keluarkan dari masa ke semasa.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.