Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

286) COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan yang telah digunapakai untuk semua bantuan yang disalurkan kepada rakyat Selangor

    Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang sangat prihatin terhadap kesulitan dan kesusahan rakyatnya semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan pada 18 Mac yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengatur langkah yang responsif apabila pada 20 Mac 2020, Kerajaan Negeri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang dinamakan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin yang merupakan pelan pemulihan ekonomi dan bertujuan menangani impak penularan jangkitan Covid-19 di negeri ini. Sebanyak RM127.8 juta telah diperuntukkan melalui Fasa Pertama program ini yang diumumkan pada 20 Mac 2020 dengan sebanyak 9 inisiatif pemulihan ekonomi telah diumumkan. Ini diikuti Fasa Kedua yang telah diumumkan pada 1 April 2020 pula, sebanyak RM286.1 juta telah diumumkan meliputi 33 program pemulihan ekonomi. Secara keseluruhannya Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM413.9 juta yang terdiri daripada 42 inisiatif yang disalurkan kepada golongan rakyat bersasar di Negeri Selangor;

Lampiran

Tiada Lampiran.