Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

142) CSR MBI DAN KUMPULAN WANG DISATUKAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sumber pendapatan baharu negeri adalah daripada keuntungan operasi GLC-GLC yang diurus oleh MBI. Di segi peraturan adakah pendapatan ini mesti dimasukkan terlebih dahulu ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri, atau boleh digunakan terus oleh MBI atas nama CSR

    Bermula tahun 2019, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Anak Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri untuk menyumbang pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, satu tabung amanah khas telah diwujudkan bagi tujuan tersebut dengan jumlah sasaran kutipan sebanyak RM58.65 juta.

    Sebahagian daripada sumbangan oleh Anak Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri pada tahun 2019 dibuat kepada Akaun Amanah Sumbangan Anak Syarikat/ Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri tersebut.

    Pada masa yang sama, terdapat juga keadaan di mana pembayaran dibuat secara terus kepada Akaun Amanah lain Kerajaan Negeri yang diwujudkan secara khusus bagi membiayai program dan aktiviti Kerajaan Negeri yang tertentu. Melalui kedua-dua kaedah ini, dana sumbangan daripada Anak Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri diperakaunkan dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri.

    Walau bagaimanapun, Anak Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri juga membuat perbelanjaan CSR secara langsung kepada program/aktiviti Kerajaan Negeri.

    Maklumat sumbangan kepada Kerajaan Negeri mengikut pecahan sepertimana yang telah dikutip pada tahun kewangan 2019 adalah seperti berikut:-

     

    Bil Nama Anak Syarikat Sumbangan Yang Disalurkan Secara Langsung Kepada Akaun Amanah Sumbangan Anak Syarikat/ Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri

    (RM)

    Sumbangan Yang Disalurkan Kepada Akaun Amanah Kerajaan Negeri Lain/ Perbelanjaan Langsung

    (RM)

    1. Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) 1,500,000.00 74,433,187.00
    2. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 1,000,000.00 5,850,000.00
    3. Worldwide Holdings Berhad (WWHB) 2,970,000.00 0.00
    4. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 2,101,000.00 1,129,544.12
    5. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYS) 0.00 1,724,990.00
    6. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 6,500,000.00 1,553,000.00
    7. KDEB Waste Management Sdn Bhd 150,000.00 1,196,110.00
    8. Kumpulan Semesta Sdn Bhd 6,000,000.00
    9. SRM Setia Sdn Bhd 0.00 13,000.00
    10. Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) 0.00 76,035.00
    11. Kumpulan Perangsang Selangor Berhad 500,000.00 0.00
    12. Central Spectrum Sdn Bhd 500,000.00 0.00
    Jumlah Keseluruhan 21,221,000.00 85,975,866.12

    Merujuk kepada maklumat jumlah terimaan sumbangan pada jadual yang dinyatakan, jumlah sumbangan keseluruhan yang telah disumbangkan oleh Anak Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri pada tahun 2019 adalah berjumlah RM107,196,866.12, melebihi jumlah yang disasarkan sebanyak RM58,650,000.00.

    Berdasarkan perincian maklumat pada jadual sumbangan berkenaan, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) merupakan penyumbang terbesar kepada program Kerajaan Negeri pada tahun 2019 dengan peratusan sebanyak 70.84%. Pihak MBI sentiasa memainkan peranan seperti mana objektif penubuhannya iaitu menyokong Kerajaan Negeri dalam bidang ekonomi dan perniagaan yang berada di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Pihak MBI juga seiring dalam bertindak mempromosi dan menyokong usaha-usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta menjalankan tanggungjawab sosial kepada rakyat Selangor. Langkah-langkah yang telah dilaksanakan turut memberi pecutan di dalam menjayakan wawasan ke arah Pemier Smart State 2025 dan penyaluran sumbangan yang efektif kepada golongan sasaran yang memerlukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.