Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

89) CUKAI ATAU FI TERHADAP PUSAT R&R LEBUHRAYA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cukai atau fi yang boleh dikutip oleh Kerajaan dan PBT terhadap Pusat Rehat & Rawat (R&R) sepanjang lebuhraya bertol tetapi belum dan tidak pernah dikenakan sehingga sekarang?

    Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) boleh mengenakan cukai tanah terhadap Pusat Rehat & Rawat (R&R) sepanjang lebuhraya bertol. Walau bagaimanapun, beberapa proses perlu dilaksanakan terlebih dahulu iaitu:
    i. Pertama, semua kawasan Rehat dan Rawat (RnR) dilupuskan secara pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN);
    ii. Kedua, Borang Jadual 1 akan dikemukakan oleh Pihak Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan seterusnya penilaian premium tanah akan ditentukan mengikut harga pasaran;
    iii. Ketiga, setelah premium tanah dijelaskan, hakmilik akan didaftarkan; dan
    iv. Akhir sekali, pemilik tanah perlu membayar cukai tanah setiap tahun mengikut kadar yang ditetapkan dalam Kaedah Tanah Selangor (KTS).

Lampiran

Tiada Lampiran.