Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

155) CUKAI DAN LESEN PBT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jenis cukai dan jenis lesen yang dinaikkan mengikut PBT?

    Tiada kenaikan cukai taksiran oleh PBT sehingga kini. Manakala lesen yang terlibat dengan kenaikan adalah bagi semua aktivti di bawah Undang–undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 1987 dan yang di kemaskini kepada tahun asas 2007.

    Asas kepada semakan semula kadar adalah seperti berikut:

    1. Kadar yang berbeza di antara PBT.
    2. Tiada perbezaan kadar bagi industri dan komersial. iii. Wujud perniagaan baru yang tidak di senaraikan dalam UUK 1987.

    Asas Penetapan Kadar baru:

    1. Penyelarasan kadar supaya tidak wujud perbezaan ketara di antara PBT
    2. Penyesuaian dengan perubahan ke atas perkembangan terhadapsesuatu aktiviti perniagaan
    3. Berlandaskan tahap sosio-ekonomi di sesuatu kawasan PBT berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.