Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

239) CUKAI HASIL HUTAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kutipan cukai hasil hutan dari 2014-2016 mengikut PBT

    Kutipan hasil bagi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada tahun 2014 adalah berjumlah RM30,339,265.00, tahun 2015 iaitu RM71,590,610.26 dan pada tahun 2016 adalah berjumlah RM76,072,176.17. Kutipan hasil adalah meliputi cukai hasil hutan (royalti), perlesenan dan permit, gantirugi, kompaun, premium, ses dan pelbagai.

    BIL. DAERAH HUTAN TAHUN
    2014            (RM) 2015

    (RM)

    2016

    (RM)

    1. Pejabat Perhutanan Negeri 29,887,696.21 71,262,613.21 75,731,371.37
    2. Pantai Klang 107,671.94 80,497.35 55,408.60
    3. Hulu Selangor 210,129.35 148,042.20 146,204.80
    4. Selangor Tengah 133,767.50 99,457.50 139,191.40
    JUMLAH 30,339,265.00 71,590,610.26 76,072,176.17

    Nota:

    Kutipan hasil hutan adalah di Pejabat Perhutanan Negeri dan tiga (3) Pejabat Hutan Daerah tanpa mengikut sempadan PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.