Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

128) CUKAI JETI

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pelaksanaan cukai jeti di Selangor?

    Pelaksanaan Caj Aktiviti Pengubahan Sumber bagi pembinaan jeti telah dilaksanakan selaras dengan Jadual Kedua, Perenggan 4(1)(a), Peraturan- Peratuan Aktiviti Pengubahan Sumber Negeri Selangor (2013). Caj ini dikenakan bagi jeti-jeti yang beroperasi di luar had pelabuhan di mana jeti-jeti yang terletak di dalam had pelabuhan adalah tertakluk di bawah Lembaga Pelabuhan Klang. Berikut merupakan senarai jeti-jeti di luar had pelabuhan yang berdaftar di bawah LUAS;

    • Low Kim Chuan dan Anak-Anak Sdn.
    • Lion Waterway Logistic Sdn.
    • East Coast Ocean Blue Services Sdn. Bhd.
    • Kaisar Maritime Sdn.
    • Rainbow Concept Construction Sdn.
    • Eagle Tours Sdn.
    • Sky Mirror Tour & Travel Sdn.

    Sehingga kini, caj jeti hanya dibayar oleh pengusaha jeti komersial yang dinyatakan di atas dan tiada kutipan caj yang diterima daripada jeti-jeti perikanan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.