Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

131) CUKAI PELANCONGAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bersetuju pelaksanaan cukai pelancongan yang ingin dikuatkuasakan kerajaan pusat kini?

    Kerajaan Negeri masih tidak menerima apa-apa maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan Cukai Pelancongan oleh Kerajaan Pusat di Negeri Selangor. Tiada sesi taklimat dan penerangan lengkap yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kastam Negara mengenai perkara ini.

    Secara dasarnya, Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan pelaksanaan cukai pelancongan ini mengikut beberapa perkara seperti berikut:-

    1. Memberi impak kepada keadaan ekonomi semasa negara.

     

    1. Cukai tersebut diperkenalkan Malaysia pada waktu tidak sesuai kerana industri pelancongan negara sedang meningkat manakala inflasi berada pada paras tinggi.
    2. Pengenalan cukai ini juga berisiko melembapkan aktiviti ekonomi dan menjejaskan pendapatan rakyat terutamanya peniaga Industri Kecil Sederhana (IKS) yang membantu dalam menyumbang di dalam peningkatan ekonomi dalam industri pelancongan.
    3. Pihak kerajaan perlu menjalankan kajian dengan lebih terperinci lagi khusus bagi mengetahui mengenai kesan berangkai daripada perlaksaan cukai pelancongan terbabit terutamanya terhadap industri – industri tempatan yang mempunyai kaitan dengan industri pelancongan.
    4. Kajian boleh dilakukan melalui kerjasama dengan badan – badan bukan kerajaan yang berkaitan (NGO) serta pakar – pakar industri pelancongan dan ekonomi bagi memastikan, perlaksanaan cukai pelancongan terbabit tidak membawa kesan negatif yang teruk terhadap pihak industri tempatan yang bergantung hidup terhadap industri pelancongan negara.

    Kenaikan kos lawatan untuk melancong

    1. Pengenalan cukai tersebut menyebabkan kenaikan yang mendadak bagi pelbagai kos yang melibatkan elemen percutian seperti kos penginapan, pakej lawatan, acara berkumpulan (MICE) dan kos pengangkutan.
    2. Hal ini juga menjejaskan lawatan untuk para pelancong yang sudah menempah lawatan perjalanan dan percutian mereka di Malaysia dengan lebih awal.

     

    • Impak terhadap jualan bilik hotel/penginapan untuk penggiat Industri hotel bertaraf 4 dan 5 bintang.
    1. Pelaksanaan cukai ini memberi kesan negatif ke atas pengusaha hotel berlesen kerana kebanyakan pelancong dijangka tinggal di hotel-hotel bajet, motel, rumah tumpangan dan inap desa tidak berlesen di Negeri Selangor untuk mengelak daripada membayar cukai. Hal ini mendatangkan komplikasi pada masa hadapan disebabkan perubahan

    „trend‟ dalam industri pelancongan dan hospitaliti.

    1. Apabila cukai baru diperkenalkan, ianya akan memberi kesan kepada harga bilik penginapan di dalam pasaran. Walaupun pendapatan cukai ini diperuntukkan untuk tujuan promosi pelancongan negara, kesan daripada kempen promosi ini akan diimbangi oleh pengurangan dalam jumlah kedatangan pelancong yang sebenar yang melawat negara ini.
    2. Jangkaan bagi perusahaan hotel yang mula merosot juga akan menjejaskan peluang pekerjaan dan risiko untuk mereka kehilangan pekerjaan adalah tidak mustahil. Maka sudah tentu pengenalan cukai ini bakal melihatkan lambakan pengangguran tenaga muda.

     

    impek kepada kedatangan pelancong ke Negeri Selangor.

    1. Menjejaskan kedatangan pelancong terutamanya pelancong domestik. Walaupun hotel bertaraf empat atau lima bintang lebih menumpukan sasaran mereka terhadap pelancong asing namun kehadiran pelancong tempatan juga perlu diambil kira. Hal ini kerana pelancong tempatan juga adalah segmen terpenting dalam sektor pelancongan negara.
    2. Hal ini juga menjejaskan pelancong asing yang akan menyebabkan pelancong yang menetap bagi tempoh masa panjang akan memendekkan tempoh penginapan mereka kerana terpaksan menanggung kos yang tinggi kerana cukai dikenakan pada setiap malam untuk 1 bilik.
    3. Perbelanjaan untuk Hasil kutipan cukai pelancongan tidak jelas.

     Dianggarkan kerajaan bakal mengutip RM654.62 juta setahun hasil Cukai Pelancongan tetapi ke mana wang itu akan dibelanjakan masih kabur. GST boleh dijadikan contoh untuk melihat kegagalan kerajaan mengurus wang kutipan cukai. Kutipan GST berjumlah lebih RM41 bilion setahun masih gagal dipastikan ke mana ia dibelanjakan.

    Kerajaan Pusat juga perlu menjamin hasil yang dikutip akan disalurkan untuk membina dan menambah baik infrastruktur pelancongan tempatan perlu menjadi proses telus supaya orang ramai dan penggiat industri pelancongan dapat melihat berapa banyak pendapatan yang dikumpul dan bagaimana ia dibelanjakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.