CUKAI PELANCONGAN

21) CUKAI PELANCONGAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kesan terhadap industri sektor pelancongan di Negeri Selangor setelah pelaksanaan cukai pelancongan oleh kerajaan pusat?

    Kerajaan Negeri masih tidak menerima apa-apa maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan Cukai Pelancongan oleh Kerajaan Pusat di Negeri Selangor. Tiada sesi taklimat dan penerangan lengkap yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kastam Negara mengenai badan-badan atau agensi yang terlibat bakal menguruskan hasil kutipan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.