Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

24) CUKAI PERNIAGAAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kutipan cukai perniagaan dari 2014-2016 mengikut PBT?

    Penyumbang terbanyak bagi Hasil Lesen di PBT Negeri Selangor adalah terdiri empat (4) hasil lesen iaitu Fi Lesen Tred, Perniagaan & Perindustrian, Fi Lesen Establisymen Makanan,  Fi Lesen Penjaja dan Fi Lesen Pasar. Namun Kerajaan Negeri di bawah inisiatif peduli telah mengecualikan Fi Lesen penjaja kecil, pasar malam dan pasar tani pada tahun 2016, dan diteruskan pada tahun 2017 melibatkan impak kewangan sebanyak RM12,144,633.00 dengan bilangan 91,706 pegangan.

    Jumlah kutipan fi lesen perniagaan dari tahun 2014 adalah sebanyak RM51.11 Juta, 2015 sebanyak RM52.22 Juta dan 2016 sebanyak RM60.15 Juta dan tiada tunggakan memandangkan tempoh kelulusan lesen akan luput dan bayaran permohonan baru akan dikenakan setelah tarikh luput tersebut. Sekiranya gagal, maka tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan berdasarkan undang-undang yang terpakai. Jumlah kutipan fi lesen perniagaan bagi tahun 2014 sehingga 2016 mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT Jumlah Kutipan Fi

    Lesen Perniagaan

    Tahun 2014

    Jumlah Kutipan Fi

    Lesen Perniagaan

    Tahun 2015

    Jumlah Kutipan Fi

    Lesen Perniagaan

    Tahun 2016

    MBSA 3,394,233.80 3,454,799.77 3,780,994.04
    MBPJ 21,310,784.00 21,574,133.00 28,142,624.00
    MPK 6,241,258.00 5,262,732.00 5,085,279.00
    PBT Jumlah Kutipan Fi

    Lesen Perniagaan

    Tahun 2014

    Jumlah Kutipan Fi

    Lesen Perniagaan

    Tahun 2015

    Jumlah Kutipan Fi

    Lesen Perniagaan

    Tahun 2016

    MPAJ 964,163.00 1,102,459.00 1,259,964.00
    MPSJ 5,915,996.00 6,066,244.60 7,008,461.80
    MPSp 2,112,779.00 3,029,360.00 3,520,422.00
    MPKj 3,539,259.50 3,158,179.00 2,111,896.00
    MPS 3,518,495.00 4,520,483.00 4,581,199.00
    MDKL 1,077,107.00 1,103,848.00 1,149,331.00
    MDHS 199,023.00 140,677.00 793,355.00
    MDKS 1,650,852.44 1,672,595.60 1,681,145.04
    MDSB 1,190,585.00 1,136,311.00 1,038,941.57
    JUMLAH 51,114,535.74 52,221,821.97 60,153,612.45

Lampiran

Tiada Lampiran.