Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

173) CUKAI PINTU

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kenaikan cukai pintu oleh Kerajaan Negeri dari 2008-2014 mengikut PBT?

    Tiada kenaikan cukai pintu di PBT Negeri Selangor dari tahun 2008 sehingga 2014. Sehingga kini Kerajaan Negeri masih mengekalkan aras tahun nilaian sedia ada bagi menentukan kadar cukai pintu kawasan perniagaan dan kediaman di semua PBT selaras dengan Seksyen 127 Akta 171 Kerajaan Tempatan 1976. Aras tahun nilaian hartanah mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT ARAS TAHUN NILAIAN
    MBSA 2006
    MBPJ 1992
    MPK 1993
    MPAJ 1997
    MPSJ 1992 & 1996
    MPS 1985
    MPKj 1985
    MPSp 1996
    MDKS 1997
    MDHS 1996
    MDKL 1997
    MDSB 1986

     

Lampiran

Tiada Lampiran.