Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

123) CUKAI PINTU

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah hasil cukai pintu yang di perolehi oleh kerajaan dari tahun 2008 hingga 2012?

    Secara keseluruhannya jumlah hasil cukai taksiran yang diperoleh oleh PBT dari tahun 2008 sehingga 2011 yang telah di audit adalah seperti berikut:

    PBT Tahun 2008 ( RM ) Tahun 2009 ( RM ) Tahun 2010 ( RM ) Tahun 2011 ( RM )
    Hasil   Cukai Taksiran 928,258,028.00 949,243,344.00 1,000,578,642.00 1,045,823,255.00
    Hasil Bukan Cukai 274,055,634.00 302,603,643.00 337,507,210.00 386,168,716.00
    PBT Tahun 2008 ( RM ) Tahun 2009 ( RM ) Tahun 2010 ( RM ) Tahun 2011 ( RM )
    Terimaan Bukan Hasil 121,078,831.00 176,211,285.00 161,346,286.00 145,566,239.00
    JUMLAH HASIL 1,323,392,493.00 1,428,098,272.00 1,499,432,138.00 1,577,558,210.00

    Jumlah hasil cukai taksiran bagi tahun 2012 dalam semakan Jabatan Audit Negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.