Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

151) CUKAI PINTU

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kadar cukai pintu yang dikenakan kepada pemilik Rumah Selangorku di seluruh negeri pada kadar yang sama kerana dimaklumkan mereka dikenakan pada kadar RM150.00 - RM200.00 yang dianggap agak berat bagi mereka?

    Cukai pintu yang dikenakan kepada semua pegangan adalah berdasarkan kadar disetiap lokasi dan nilai tahunan yang digunakan oleh PBT. Oleh sebab itu, pengenaan cukai bagi “Rumah Selangorku” adalah berbeza mengikut kadar yang dikenakan. Kerajaan Negeri melalui Insentif Peduli Rakyat (IPR) telah mengecualikan pembayaran cukai pintu bagi kategori rumah kos rendah bermula tahun 2016 sehingga kini. Rumah Selangorku yang memenuhi kriteria rumah kos rendah adalah tertakluk kepada pengecualian ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.