Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

91) CUKAI PREMIUM TANAH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kaedah pengiraan cukai premium tanah di Selangor?

     Kaedah pengiraan premium tanah di Negeri Selangor adalah mengikut Peraturan 7, Kaedah Tanah Selangor (KTS) 2005 (Pindaan 2007). Pengiraan cukai premium tanah adalah seperti berikut:-

                   i.        Bangunan kediaman untuk individu

    ¼ x 1/100 x luas tanah yang diluluskan x nilaian tanah x 99 tahun @ bersamaan 23% daripada nilaian pasara

                  ii.        Bangunan kediaman untuk syarikat

    ½ x 1/100 x luas tanah yang diluluskan x nilaian tanah x 99 tahun @ bersamaan 50% daripada nilaian pasaran

                iii.        Bangunan industri dan perniagaan

    3/4 x 1/100 x luas tanah yang diluluskan x nilaian tanah x 99 tahun @ bersamaan 74% daripada nilaian pasaran

Lampiran

Tiada Lampiran.