CUKAI TAKSIRAN TAHUNAN PBT

25) CUKAI TAKSIRAN TAHUNAN PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat ramai penghuni dan pemilik hartanah merungut kerana Cukai Taksiran Tahunan hartanah mereka dinaikkan. Adakah ini benar? Jika tidak, kenapa banyak sungutan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini tiada sebarang kenaikan kadar cukai taksiran telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Namun begitu, berdasarkan seksyen 144 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Pindaan Senarai Nilaian perlu dilakukan bagi menguatkuasakan cukai taksiran yang merangkumi bangunan yang baru sahaja diluluskan Sijil Kelayakan Menduduki, tanah-tanah kosong yang telah diluluskan penukaran syarat guna tanah dan bangunan-bangunan yang telah terlibat dengan pengubahsuaian. Rungutan oleh pemilik hartanah bahawa terdapat kenaikan cukai ini mungkin adalah disebabkan oleh faktor-faktor seperti yang dinyatakan di dalam seksyen 144 Akta Kerajaan Tempatan

Lampiran

Tiada Lampiran.