Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

189) CUKAI TAKSIRAN TERHADAP PENDUDUK DI LOT TANAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah kutipan sampah di kawasan perumahan yang didirikan di atas lot tanah persendirian ialah masalah besar di mana PBT selalunya tidak dapat menawarkan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti kepada penduduk. Adakah PBT bercandang untuk mengutip cukai taksiran sekiranya penduduk sudi bayar?

    Untuk makluman sidang dewan, di bawah Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) telah memberikan kuasa kepada pihak PBT untuk mengenakan cukai taksiran di mana ianya menerangkan bahawa:-

    “PBT boleh dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa sebagaimana difikirkan perlu, mengenakan sama ada secara berasingan atau sebagai suatu kadar yang disatukan, kadar atau kadar-kadar tahunan dalam sesuatu kawasan PBT bagi maksud-maksud Akta ini atau bagi maksud-maksud lain yang mana adalah kewajipan PBT itu menyempurnakannya di bawah mana- mana undang-undang bertulis yang lain.”

    Sehubungan dengan itu, pihak PBT dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa mutlak untuk mengenakan cukai taksiran bagi pegangan harta yang terdapat di dalam kawasan pentadbiran Majlis.

    Untuk makluman sidang dewan juga, ‘pegangan’ berdasarkan Seksyen 2, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bolehlah ditafsirkan sebagai “mana-mana tanah yang ada atau tidak ada bangunan-bangunan di atasnya, yang dipegang di bawah suatu dokumen hakmilik yang berasingan dan, mengenai bangunan- bangunan yang dipecahbahagi, ertinya harta bersama dan mana-mana  petaknya..”

Lampiran

Tiada Lampiran.