CUKAI TANAH
28) CUKAI TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Taman Setia Warisan terletak di kawasan U6, Shah Alam. Beberapa penduduk di Taman ini dikenakan pembayaran cukai tanah berulang kali. Walaupun lot rumah sesebuah sahaja tetapi cukai tanah dikenakan untuk dua no. Lot yang berlainan kepada tuan punya rumah yang sama. Kenapakah cukai dikenakan dua kali ?
Pemilik tanah tidak akan dikenakan cukai dua kali, melalui siasatan yang dijalankan didapati bil hak milik muktamad dikeluarkan serentak dengan hak milik sementara. Walau bagaimanapun, pemilik hanya dikehendaki membayar cukai mengikut bil cukai tanah hak milik muktamad.
