Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

232) Cukai Tanah

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah hasil kutipan cukai tanah di Daerah Hulu Selangor?

    Terima kasih kepada YB. yang bertanya. Untuk makluman semua, jumlah kutipan cukai tanah semasa sehingga 30 September 2020 bagi daerah Hulu Selangor ialah sebanyak RM33,408,935.87 dengan catatan prestasi sebanyak 80% daripada jumlah sepatut kutip; RM42,226,125.36. Manakala jumlah kutipan tunggakan cukai tanah yang berjaya kutip ialah sebanyak RM 5,252,708.37 daripada jumlah sepatut kutip iaitu RM 24,858,989.49 dengan catatan prestasi sebanyak 22%.Jumlah kutipan cukai tanah sehingga September 2020 dengan catatan 80% kini adalah petunjuk pencapaian yang positif berbanding pencapaian keseluruhan pada tahun 2019 sehingga bulan Disember iaitu yang hanya mencatatkan sebanyak 76%. Pada tahun ini, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor julung kali mengadakan Program Cabutan Bertuah “Jom Bayar Jom Menang 2020” bagi meraikan pemilik tanah yang membayar cukai dalam tempoh sepatutnya di samping untuk meningkatkan kutipan cukai tanah daerah Hulu Selangor. Majlis Cabutan Bertuah PDTHS telah diadakan pada 7 Oktober 2020 secara tertutup di lobi PDTHS. Sebanyak 34 cabutan bertuah telah dibuat oleh pegawai-pegawai kanan PDTHS dan hadiah tersebut telah disampaikan kepada pembayar cukai yang bertuah di Unit Hasil PDTHS bermula pada 8 Oktober 2020 sehingga 14 Oktober 2020. Sumbangan hadiah bertuah untuk program ini telah disumbangkan oleh Pejabat ADUN Batang Kali, Pejabat ADUN Kuala Kubu Bharu dan Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam. Semoga dengan adanya program ini, kutipan cukai tanah daerah Hulu Selangor akan lebih baik dan dapat menarik pemilik tanah untuk membayar cukai yang sememangnya menjadi tanggungjawab pemilik tanah. (Sumber: Laporan Pencapaian Kutipan Bulanan (MIS) Sistem eHasil Selangor)

Lampiran

Tiada Lampiran.