Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

177) CUKAI

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan cukai-cukai yang telah dimansuhkan sepanjang pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.

    Kerajaan Negeri telah mengumumkan dan melaksanakan pengecualian cukai ke atas pemilik rumah kos rendah, kampung tradisi, kampung baru dan kampung bagan bermula dari tahun 2016 berjumlah RM113,703,541.92. Insentif ini telah diteruskan bagi tahun 2017 dan tahun 2018

    Selain daripada cukai-cukai yang dinyatakan tadi, Kerajaan Negeri turut mengecualikan fi lesen penjaja, gerai dan pasar yang memberi manfaat kepada peniaga-peniaga kecil khususnya peniaga pasar malam dan pasar siang berjumlah RM19,348,956.40 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.