Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

69) CURI PASIR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap pengusaha tapak Ôcuri pasir yang tidak berkelulusan?

    Tindakan penguatkuasaan bagi kes-kes curi pasir adalah di bawah Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah/Daerah yang berkaitan. Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara oleh PTGS dan PTD.

    Tindakan juga boleh diambil oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengikut Seksyen 43(1) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

    Di samping itu, jabatan-jabatan teknikal yang lain juga boleh mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang jabatan masing-masing.

    Jabatan-jabatan ini sentiasa memantau dan membuat serbuan ke atas aktiviti curi pasir dari semasa ke semasa samada secara berasingan ataupun secara operasi bersepadu.

    KSSB tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan kerana ianya adalah bidang kuasa Pentadbir Tanah. Namun KSSB sentiasa memantau kes-kes curi pasir dan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Lampiran

Tiada Lampiran.