Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

85) CUTI BERGAJI SEBULAN KEPADA WANITA KEMATIAN SUAMI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah kakitangan yang telah memanfaatkan cuti bergaji sebulan sehingga kini?

     

    Berdasarkan semakan terhadap rekod kemudahan cuti yang disediakan kepada penjawat awam wanita yang kematian suami setakat ini, dimaklumkan bahawa tiada permohonan secara rasmi diterima oleh Jabatan / Agensi meskipun cuti yang berkenaan dibayar gaji selama sebulan oleh Kerajaan Negeri. Pelaksanaan kemudahan ini diberikan bersekali dengan cuti bersalin 90 hari dan cuti isteri bersalin 14 hari yang mana masing-masing mencatatkan permohonan yang menggalakkan berbanding kemudahan cuti anggota wanita kematian suami

     

    Pada dasarnya, semua penjawat awam yang mengalami situasi kematian ahli keluarga terdekat secara automatik diberikan kemudahan tiga (3) hari Cuti Tanpa Rekod yang tidak sama sekali menjejaskan aspek perkhidmatan dan pembayaran emolumen bulanan pegawai selaras Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2002.

Lampiran

Tiada Lampiran.