Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

59) DADAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Difahamkan bahawa kebanyakan penagih dadah juga terlibat dengan kes jenayah yang lain seperti menyamun, merompak dan sebagainya. Fenomena ini amat membimbangkan kerana keselamatan orang ramai tergugat. Apakah pandangan dan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini?

    1. Memang tidak dinafikan bahawa jenayah jalanan ada dilakukan oleh penagih dadah. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, AADK Negeri Selangor telah mewujudkan Task Force untuk memastikan Orang Kena Pengawasan (OKP) supaya hadir mengikuti program-program yang dijalankan seperti :

     

    1. Program Khidmat Masyarakat
    2. Sesi Kaunseling
    • Program Pencegahan Relapse
    1. “Parenting Skills”
    2. Bengkel, Ceramah dan Aktiviti Sukan & Riadah

    Semua program di atas bertujuan untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat dan mempunyai kekuatan diri dalam usaha untuk membebaskan diri dari  terjebak  semula dalam penagihan dadah.

     

    Di samping itu juga, Task Force ini menjalankan operasi menangkap OKP yang tidak komplians.

     

    Pihak PDRM juga menjalankan operasi-operasi bagi memastikan jenayah jalanan yang dilakukan oleh penagih dadah berkurangan.

     

     

     

    Definisi OKP:

     

    OKP adalah penagih dadah yang diperintahkan oleh Majistret untuk menjalani rawatan dan pemulihan di dalam Pusat Pemulihan atau di dalam Komuniti  di  bawah  Seksyen 6(1) (a) atau 6 (1) (b) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 atau,

     

    Penagih dadah sukarela di bawah Seksyen 8 atau 9 Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

     

    Pengguna dadah yang disabitkan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 / Seksyen 38B Akta yang sama.

     

    Definisi Komplians:

     

    Komplians ialah OKP yang mematuhi syarat -syarat pengawasan Seksyen 6(2) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983;

     

    1. orang itu mestilah tinggal di dalam Negeri atau Wilayah Persekutuan atau mana- mana kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;
    2. orang itu tidak boleh meninggalkan kawasan tempat dia tinggal tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah;
    • pada waktu yang dinyatakan dalam perintah itu, orang itu hendaklah melaporkan diri di balai polis yang paling hampir atau bagi anggota angkatan tentera di  tempat yang ditetapkan oleh seseorang pegawai;
    1. (iv) orang itu tidak boleh mengambil, menggunakan atau memiliki apa-apa   dadah berbahaya;
    2. orang itu hendaklah menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa dan di mana- mana tempat sebagaimana yang diperintahkan oleh seseorang pegawai; dan
    3. orang itu hendaklah menjalani apa-apa jua program pemulihan penagih dadah yang diadakan oleh Kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.