Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

145) DAESH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan dan strategi Kerajaan Negeri untuk berhadapan dengan penyebaran falsafah DAESH atau ISIS di negeri Selangor?

    Isu ajaran sesat Militan Islamic State ( IS ) melibatkan keselamatan negara. Justeru tindakan menangani penyebaran ideologi tersebut melibatkan penguatkuasaan di peringkat persekutuan dan negeri

    Di peringkat    Jabatan   Mufti    Negeri   Selangor,    langkah-langkah  menangani penyebarannya telah dilaksanakan antaranya melalui:

    • Pengeluaran Fatwa Gerakan Militan Al Dakwah Al Islamiya Fi Iraq Wal Al Sham ( DAESH ) atau Militan Islamic State In Iraq And Syams ( ISIS ) atau Militan Islamic State ( IS ) yang telah diwartakan pada 3 Februari 2016

     

    • Khutbah Jumaat berkenaan IS dan konsep Jihad yang telah dibaca di setiap masjid dan surau kebenaran solat jumaat di seluruh negeri Selangor pada 27 November 2015, bertajuk: IS Pengganas Bertopengkan Islam

     

    • Program Bicara Fatwa Selangor. Dalam program ini pihak JMNS akan menjelaskan fatwa-fatwa secara umum termasuklah juga fatwa berkaitan DAESH atau ISIS di Negeri Selangor.

     

    Setakat Mei jadual program ini adalah seperti berikut :

    BIL. TARIKH SASARAN PESERTA TEMPAT
    1. 24 Februari 2016 Rabu Pemegang Tauliah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
    2. 29 Februari 2016 Isnin Pelajar Sek. Men. Keb. Setia Alam, Shah Alam
    3. 24 Mac 2016

    Khamis

    Pelajar Sek. Jenis Keb. Cina Yoke Kuen, Sekinchan
    4. 29 Mac 2016

    Selasa

    Pelajar Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh
    5. 28 April 2016 Khamis Pelajar Masjid Kampung Johan Setia, Klang
    06. 4 Mei 2016

    Rabu

    Pelajar Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang

     

    1. Siaran di Akhbar Nasional (Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Utusan, Selangor Kini)

     

    1. Program Turun Padang “ Dialog Fatwa @ Mesra Ummah Bersama JMNS”. Program ini di laksanakan di masjid-masjid terpilih di negeri Selangor dan di dalam program ini pihak JMNS akan menjelaskan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan secara umum dan mengadakan sesi dialog atau soal jawab berkaitan fatwa yang telah dijelaskan dan isu-isu berkaitan hukum syarak di lokasi-lokasi berikut :
    • Masjid Ijtimai’, Tebuk Pulai
    • Masjid Al Bakri, Bukit Naga
      Masjid As Syakirin, Dengkil
    • Masjid Ubudiyah, Kerling
    • Masjid Rinching Hilir, Semenyih
    • Masjid Ara Damansara, Petaling
    • Masjid Bukit Antarabangsa, Bukit Antarabangsa
    1. Radio (Selangor.fm)

    Slot di Selangor.fm 2 kali seminggu iaitu pada hari Khamis dan Jumaat, bermula jam 6.15 petang hingga 6.45 petang. Di dalam slot ini pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor menjelaskan tentang-tentang fatwa yang telah dikeluarkan dan diwartakan termasuklah fatwa dan isu berkaitan IS

    1. Laman Web JMNS

Lampiran

Tiada Lampiran.