Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

81) DALAM PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2016 DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR MENGUMUMKAN SHAH ALAM SEBAGAI KOTA SENI DAN KOTA ANAK MUDA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan MBSA untuk menjadikan Shah Alam Kota Seni?

    Rancangan MBSA untuk menjadikan Shah Alam sebagai Kota Seni ialah dengan berteraskan visi Kota Seni Shah Alam iaitu memanifestasi masyarakat Shah Alam yang berbudaya. Antara rancangan pihak MBSA dalam tempoh 2016- 2020 ialah :

     

    • MBSA akan membaikpulih kemudahan dan prasarana seperti baik pulih
      • Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam
      • Laman Seni lorong seni (transformasi lorong belakang)

     

    • Menyediakan garis panduan hiburan Shah

     

    • Buskers Corner untuk anak muda di Kompleks SACC Mall iaitu program bersama PKNS Prep Events

     

    • Memperkasa seni taman (arts & parks) seperti mercu tanda dan keindahan landskap

     

    • Mencirikan seni reka (architecture) dalam binaan bangunan

     

    • Menubuhkan “Kreatif Hub Shah Alam” untuk menjadi pusat sehenti hub seni

     

    • Laman Budaya sebagai PENTAS SENI atau OPEN STAGE untuk semua golongan masyarakat

     

    • Merangka program lokaliti/nasional dan pengantarabangsaan

     

    • Memperkasa penglibatan masyarakat – “strong community involvement”

     

    • Menubuhkan Kumpulan Koir Komuniti Shah Alam

     

Lampiran

Tiada Lampiran.