Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

154) DANA DAN PUSAT WARISAN (HERITAGE CENTRE)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai apa-apa dana untuk rakyat jelata sekiranya berlaku sebarang malapetaka dan jika ada sila jelaskan dengan terperinci bagaimana ianya berfungsi setakat ini dan jika tiada apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mewujudkan dana tersebut?

    Kerajaan Negeri ada menyediakan dana dan bantuan untuk malapetaka dan bencana. Dana dan bantuan tersebut akan disalurkan secara terus kepada mangsa bencana samada melalui pembinaan, baikpulih rumah atau bantuan-bantuan lain yang bersesuaian dengan kerosakan yang dialami.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.