Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

186) PEMBANGUNAN LOOK UP POINT BUKIT AMPANG

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah punca masih belum terdapat sebarang pembangunan bagi kawasan Look-Up Point Bukit Ampang yang mempunyai potensi tarikan pelancongan?

    1. Ampang Look Out Point (ALOP) terletak di kompartmen 79A dan 80, Hutan Simpan Hulu Langat seluas lebih kurang 7.04 hektar di bawah pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai salah satu destinasi pelancongan di Selangor disebabkan oleh lokasinya yang terletak di puncak bukit dengan pelbagai daya tarikan seperti menara pandang, restoran, kawasan istirahat yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.

     

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah menyediakan satu Pelan Tindakan Pembangunan Ampang Look Out Point (ALOP) sebagai Pusat Kecemerlangan Hutan Negeri Selangor pada tahun 2016 yang akan dibangunkan melalui model pengurusan dan pembangunan secara kerjasama atau perkongsian pintar iaitu Public Private Partnership (PPP).

    Pelan Tindakan Pembangunan Semula Ampang Look Out Point (ALOP) akan dibangunkan merangkumi aspek pembangunan fizikal yang mengutamakan konsep reka bentuk infrastruktur dan kemudahan yang diintegrasikan bersama elemen pentadbiran, latihan, arboretum, rekreasi, ekopelancongan, penyelidikan dan pendidikan alam semula jadi. Ia akan dijadikan sebagai salah satu destinasi utama ekopelancongan bertaraf dunia yang boleh menjana hasil secara berterusan disamping berperanan sebagai pusat penyaluran maklumat dalam bidang ekosistem semula jadi Hutan Hujan Tropika di Malaysia.

    Berdasarkan kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Ke 18/2018 yang telah diadakan pada 27 Jun 2018 dan disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor ke 19/2018 bertarikh pada 04 Julai 2018 telah mempertimbangkan dan bersetuju beberapa cadangan di antaranya:

     

    1. Bersetuju dengan cadangan untuk menentukan model pengurusan dan pembangunan ALOP sebagai Pusat Kecemerlangan Hutan Negeri Selangor ialah melalui kaedah kerjasama atau perkongsian pintar iaitu Public Private Partnership (PPP);dan

     

    1. Bersetuju agar Jawatankuasa RFP melibatkan pandangan dan wakil daripada pihak Menteri Besar Incorporated (MBI) dan wakil anak-anak syarikat Negeri Selangor bagi membolehkan penilaian yang dibuat lebih menyeluruh dari segi model perniagaan yang sesuai;

     

    Sehingga kini, Jawatankuasa Penilaian Request For Proposal (RFP) yang diurusetiakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sedang menyediakan dokumen RFP untuk ditawarkan kepada mana-mana syarikat/agensi/individu yang berminat untuk membangunkan Ampang Look Out Point melalui kaedah kerjasama atau perkongsian pintar iaitu Public Private Partnership (PPP). Jawatankuasa Penilaian Request For Proposal (RFP) akan membentangkan satu Kertas Ringkasan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi melantik pengurus projek yang akan bertanggungjawab menguruskan tender secara RFP dan seterusnya membangunkan semula Ampang Look Out Point (ALOP). Proses penyediaan dokumen RFP ini termasuklah urusan-urusan yang berkaitan dengannya akan berlangsung sehingga tahun 2020. Manakala, pelantikan pengurus projek dan operator dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun 2021.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.