Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

186) DANA KHAS PEMBANGUNAN PERTANIAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan dana khas pertanian untuk rakyat yang ingin membangunkan tanah mereka untuk projek tanaman yang boleh meningkat pendapatan petani?

    Kerajaan Negeri Selangor mempunyai program khas bagi bantuan kepada golongan petani, penternak dan nelayan. Antaranya program bantuan di bawah Jabatan Pertanian bagi bantuan dalam bentuk input pertanian bagi pelbagai jenis projek tanaman seperti buah, sayur, padi, kelapa, cendawan dan herba, pembangunan tanah terbiar, ternakan lebah madu dan kelulut, industri asas tani dan latihan. Selain itu, bagi golongan muda, program Agroprenuer Muda turut diperkenalkan bagi membantu golongan muda dalam bidang pertanian

Lampiran

Tiada Lampiran.