Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

141) DANA MIMBAR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah MIMBAR telah menggunakan sepenuhnya peruntukan RM40 juta yang dijanjikan dalam pembentangan bajet 2015?

    Sejak penubuhan MIMBAR hingga kini dana yang telah diterima adalah sebanyak RM16,822,848.95.00 daripada peruntukan asal RM20,000,000.00. Manakala peruntukan tambahan dalam bajet 2015 sebanyak RM 20,000,000.00 masih belum diterima.

    MIMBAR Selangor telah ditambahbaik dan dijenamakan semula kepada Program Hijrah Selangor. Oleh kerana itu, segala aktiviti pengeluaran pinjaman Program MIMBAR telah dihentikan. Mana-mana peserta yang mempunyai kredit disiplin yang baik akan ditawarkan pinjaman Program Hijrah Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.