Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

268) DANA TABUNG AMANAH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tujuan dan fungsi tabung amanah diwujudkan?

    Akaun Amanah Disatukan mengakaun semua terimaan dan bayaran wang amanah mengikut kehendak undang-undang, akta-akta amanah, suratcara amanah, arahan amanah dan perjanjian. Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Amanah Awam dan Akaun

    Kumpulan Wang Amanah Kerajaan mengakaunkan terimaan dan bayaran bagi maksud tertentu mengikut Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan terdiri daripada Kumpulan Wang Pembangunan, Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan, Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan dan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan.

    • Kumpulan Wang Pembangunan mengakaunkan terimaan dan bayaran pembangunan seperti yang diperuntukkan oleh Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966;
    • Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 bagi memberi kemudahan pinjaman perumahan kepada anggota perkhidmatan awam Negeri, Ahli Pentadbiran, Perundangan dan Dewan Negeri Selangor dan Badan Berkanun Negeri;
    • Pelbagai Kumpulan Wang Amanah Kerajaan terdiri daripada Akaun Penyelesaian, Akaun Perniagaan, Akaun Pinjaman, Kumpulan Wang Luar Jangka dan Pelbagai Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 bagi maksud tertentu; dan
    • Kumpulan Wang Pembangunan Hutan ditubuhkan di bawah Enakmen (Pemakaian) Perhutanan

     

    Kumpulan Wang Amanah Awam mengakaun terimaan dan bayaran bagi maksud tertentu mengikut akta khas atau Akta Tatacara Kewangan 1957.  Kumpulan Wang Amanah Awam terdiri daripada Amanah Khas yang diwujudkan di bawah aktanya sendiri dan Amanah Am yang diwujudkan di bawah Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957.

    Akaun Deposit terdiri daripada Deposit Am dan Deposit Pelarasan. Deposit am merupakan wang yang diterima khusus bagi sesuatu maksud di bawah undang- undang atau perjanjian dan perlu dibayar balik apabila maksud telah tercapai.

Lampiran

Tiada Lampiran.