Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

28) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan dengan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) pada tahun 2016? Jelaskan

    Pada masa ini proses pengukuhan sistem tadbir urus korporat dan perancangan strategik bagi kumpulan syarikat Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) sedang dijalankan. Setelah segala proses ini dimuktamadkan, pembentangan akan dibuat kepada Jawatankuasa Dewan yang berkenaan.

    Sehubungan dengan itu, Darul Ehsan Investment Group Berhad (“DEIG”) masih belum menjalankan sebarang aktiviti atau transaksi sama ada dari segi perniagaan atau pelaburan.

Lampiran

Tiada Lampiran.