Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

146) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan tadbir urus DEIG sejak sidang yang lalu.

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) tiada menerima sebarang tawaran pinjaman daripada mana-mana institusi perbankan.

    Walau bagaimanapun, anak syarikat milik penuh MBI iaitu Darul Ehsan Investment Group (“DEIG”) ada menerima surat tawaran kemudahan fasiliti perbankan berjumlah RM500 juta namun telah ditolak oleh Ahli Lembaga Pengarah MBI kerana terma-terma yang terkandung di dalam surat tawaran tersebut tidak menjaga kepentingan kewangan dan aset MBI, DEIG mahupun anak syarikat lain yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.