Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

179) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penjelasan bagaimana Eco World Development boleh umumkan hasrat membeli tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) seluas 2,198.4 ekar di Ijok yang masih dalam prosiding mahkamah pada harga bawah nilai pasaran dan sebarang penglibatan DEIG dalam rundingan tersebut.

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI)  tidak  terlibat  dalam pengumuman Eco World Development Berhad (Eco World) yang berhasrat untuk membeli tanah seluas 2,198.4 ekar di Ijok, Selangor.

    MBI, menerusi satu kenyataan media rasmi pada 23 dan 24 September 2015 menyatakan kekesalan dengan pengumuman yang dibuat Eco World kerana sebahagian tanah terbabit masih terlibat dalam proses perundangan membabitkan MBI dan beberapa syarikat pemaju lain.

    Dalam hal ini, MBI sedang meneliti langkah perundangan sewajarnya, termasuk memohon nasihat daripada Kamar Penasihat Undang-undang Negeri untuk memastikan kepentingan MBI dan Kerajaan Negeri sentiasa terjamin.

    Untuk makluman, DEIG setakat ini belum memulakan operasi dan tidak terlibat dalam apa jua aktiviti komersil MBI

Lampiran

Tiada Lampiran.