Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

157) DASAR BARU LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kenapakah rakyat masih tidak boleh memohon TOL di Pejabat Tanah Petaling untuk lima tujuan yang dibenarkan seperti yang diumumkan oleh Dato Menteri Besar pada 7 APRIL 2015 di Dewan Negeri Selangor?

    Dimaklumkan bahawa, sebarang pengumuman atau kelulusan bagi sebarang dasar yang telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri perlu disusuli dengan arahan atau pekeliling yang jelas mengenai garis panduan oleh pihak berkaitan supaya proses permohonan, prosedur dan syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan dapat diselaraskan dengan baik dan sama di kesemua sembilan (9) daerah di Negeri Selangor ini. Pihak yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan ARAHAN dan PEKELILING mengenai permohonan Lesen Pendudukan Sementara untuk lima tujuan seperti yang diumumkan oleh Y.A.B Menteri Besar Selangor pada 7 April 2015 adalah Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS).

     

    Justeru itu, untuk makluman Yang Berhormat, pekeliling berkenaan Garis Panduan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) Di Atas Tanah Rizab Kerajaan Di Negeri Selangor telahpun dikeluarkan oleh PTGS melalui Pekeliling PTGS Bilangan 4/2015 pada 23 September 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.