Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

263) DASAR BARU MENJANA SUMBER HASIL NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan dasar-dasar baru kerajaan negeri yang telah dilaksanakan untuk menjana hasil pendapatan negeri?

    (a) Dan (b) dijawab bersekali:-

               

    Dasar-dasar baru Kerajaan Negeri yang telah dilaksanakan bagi menjana hasil pendapatan negeri adalah seperti berikut:

     

    • Pajakan Tanah Rizab Negeri. Terdapat tanah Kerajaan yang berpotensi untuk dipajak mengikut Seksyen 63, KTN 1965. Permohonan ini diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri yang membolehkan pemohon mengusahakan tanah tersebut bagi maksud tertentu dalam tempoh maksimum 21 tahun. Kelulusan pajakan ini akan membolehkan Kerajaan Negeri memperoleh hasil melalui bayaran sewaan dan cukai tanah tahunan. Jumlah hasil yang telah dapat dijanakan melalui perlaksanaan dasar ini adalah sebanyak 8 juta.

     

     

    • Pelaksanaan kadar cukai petak dan pengenaan fi cukai petak bagi pembangunan berstrata ke atas kaedah-kaedah hakmilik strata Negeri Selangor selaras dengan pindaan Akta Hakmilik Strata (Pindaan 2016) (A1518) bagi semua daerah di Negeri Selangor yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2018. Jumlah hasil yang telah dapat dijanakan melalui perlaksanaan dasar ini adalah sebanyak 2 juta.

     

    Manakala dasar-dasar baru Kerajaan Negeri yang telah dirancang dan diperingkat semakan berkaitan undang-undang adalah seperti berikut:

    • Cadangan Pelaksanaan Permit Khas sebagai kebenaran penggunaan sementara tanah pertanian yang digunakan selain daripada tujuan pertanian (Perniagaan / Industri Ringan) di Negeri Selangor. Permit Khas ini akan memberikan kebenaran ke atas aktiviti-aktiviti tertentu yang tiada berkaitan dengan pertanian atau ke atas mana-mana bangunan yang didirikan di atas tanah pertanian tidak terhad kepada menara telekomunikasi dan papan iklan. Kelulusan ini akan membolehkan Kerajaan Negeri memperoleh hasil melalui bayaran Permit Khas.

     

    • Memperkenalkan Caj Fi Bagi Pokok Getah, Kelapa Sawit dan Kelapa di dalam tanah diberimilik dan tanah Kerajaan sebagaimana yang termaktub di dalam Jadual Kedua Kaedah-Kaedah Hutan Selangor (Pindaan 2017) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

     

    • Melaksanakan semakan semula kadar ke atas Kaedah-Kaedah Pusat Veterinar (Pindaan) 2007 kerana terdapat pertambahan perkhidmatan dan kadar bayaran yang dikenakan ketika ini adalah berdasarkan kadar pada 11 tahun dahulu;

     

    • Merangka pengenaan Fi Pemprosesan dan Wang Cagaran Permohonan Papan Iklan di dalam Rizab Jalan Negeri oleh Jabatan Kerja Raya Negeri;

     

    • Melaksanakan Akta 795 berkaitan Access Benefit Sharing (ABS) yang bertujuan untuk memastikan sumber hasil biodiversity yang dikomersialkan bagi tujuan penyelidikan, perubatan dan kosmetik dipantau dan dikongsikan. Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jabatan Perhutanan Negeri akan memproses permohonan permit dan mengenakan bayaran bagi setiap permohonan yang diluluskan; dan

     

    • Merangka pelaksanaan Kaedah-Kaedah Perikanan Darat (akuakultur). Apabila ia dikuatkuasakan kelak, semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perikanan darat (akuakultur) akan dikenakan caj-caj tertentu di mana pada ketika ini tiada sebarang ikatan untuk pengenaan sebarang caj. Selain daripada itu juga, tindakan penguatkuasaan boleh dilaksanakan dengan lebih baik.

    Untuk makluman, kutipan hasil belum dapat dilaksanakan kerana ia masih diperingkat pemurnian dan semakan undang-undang.

Lampiran

Tiada Lampiran.