Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

74) DASAR CUKAI KERAJAAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dan statistik bagi rumah kos rendah di Negeri Selangor yang telah menerima manfaat daripada dasar Kerajaan Negeri untuk mengurangkan cukai pintu ?

    Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), implikasi hasil ke atas pelaksanaan dasar diskaun 25% cukai taksiran bagi pangsapuri kos rendah adalah seperti berikut:

    JUMLAH PINTU/UNIT ANGGARAN HASIL SEBELUM DISKAUN 25% ANGGARAN HASIL YANG HILANG (DISKAUN 25%) ANGGARAN HASIL SELEPAS DISKAUN 25%
    201,303 RM28.17 JUTA RM7.04 JUTA RM21.13 JUTA

    Sehingga bulan Februari tahun 2014, jumlah tuntutan diterima adalah sebanyak 2,542 unit pangsapuri kos rendah dengan nilaian diskaun sejumlah RM66,133.77. Statistik tuntutan mengikut kawasan PBT adalah seperti berikut:

    BIL. PBT JUMLAH KAWASAN JUMLAH PEMILIK TUNTUT NILAIAN DISKAUN (RM)
    1. MBSA 23 232 4109.55
    2. MBPJ 7 29 428.40
    3. MPK 26 108 1915.46
    4. MPSJ 19 228 4488.00
    5. MPAJ 62 1297 46242.95
    6. MPS 17 175 3572.30
    7. MPKj 50 351 5019.48
    8. MPSp 6 32 357.63
    9. MDKL
    10. MDKS
    11. MDHS
    12. MDSB
    JUMLAH 210 2542 66,133.77

     

    Berdasarkan analisis daripada PBT, punca-punca pencapaian rendah bagi program tersebut seperti berikut:

    • Kebanyakan unit-unit di pangsapuri kos rendah

     

    • Pemilik yang menetap di unit sendiri mempunyai tunggakan cukai taksiran.
    • Khusus di Majlis Daerah Hulu Selangor, selain daripada unit yang disewakan dan pemilik mempunyai tunggakan cukai taksiran, peratus unit- unit kosong adalah sangat

    Berikutan daripada ini, satu kajian juga akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri berkenaan senario sebenar kependudukan penghuni sama ada pemilikan atau penyewaan di pangsapuri-pangsapuri kos rendah negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.