Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

56) DASAR DAN PELAN TINDAKAN BASMI KEMISKINAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan strategi kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat?

    Bagi membasmi kemiskinan di kalangan rakyat negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan pelan yang dipanggil “Blue Print Membasmi Kemiskinan di Negeri Selangor.” Pelan ini telah disediakan pada tahun 2005 bagi memastikan 1.1 peratus warga Selangor hidup di bawah paras kemiskinan dan 0.5 peratus lagi yang dikategorikan termiskin. Sehingga ini pelan ini masih  dijadikan rujukan dan panduan kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan di negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.