DASAR DAN POLISI MEMBENARKAN WARGA ASING MENJALANKAN PERNIAGAAN KECIL/ SEDERHANA DALAM NEGERI

53) DASAR DAN POLISI MEMBENARKAN WARGA ASING MENJALANKAN PERNIAGAAN KECIL/ SEDERHANA DALAM NEGERI

Tahun:

Sesi:

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Selangor untuk membenarkan warga asing menjalankan perniagaan kecil / sederhana dalam Negeri?

    Kerajaan Negeri tidak membenarkan warga asing menjalankan perniagaan kecil / sederhana (kategori penjaja) selaras dengan Undang-Undang Kecil Penjaja (PBT) 2007. Ini kerana pemberian lesen bagi aktiviti penjajaan adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada warganegara untuk menjalankan perniagaan kecil- kecilan sebagai mata pencarian dan membangunkan ekonomi / keusahawanan di kalangan warganegara Malaysia. Walaubagaimanapun, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ada mengeluarkan lesen kepada warga asing yang mempunyai syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai permit dan visa yang sah untuk menjalankan perniagaan tersebut. Di samping itu MBSA menetapkan jumlah modal berbayar syarikat terbabit hendaklah tidak kurang dari RM500,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.