Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

125) DASAR-DASAR UNTUK MEMBELA HAK KEAGAMAAN YANG BUKAN ISLAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar-dasar yang dicadangkan oleh kerajaan untuk membela hak keagamaan yang bukan Islam

    Kerajaan Negeri sentiasa menghormati hak kebebasan menganuti dan mengamalkan
    agama seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Fasal 11 (1).
    Kerajaan Negeri juga telah menyediakan beberapa keistimewaan kepada agama lain
    selain Islam seperti menyediakan peruntukan bagi membaik pulih rumah-rumah ibadat
    bukan Islam, pendidikan keagamaan dan sumbangan. Selain itu, kerajaan negeri juga
    telah memutuskan bahawa bagi setiap bangunan rumah ibadat yang dibina sebelum 8
    Mac 2008 hendaklah mendapatkan kebenaran kerajaan negeri terlebih dahulu untuk
    tujuan perobohan. Kerajaan negeri juga turut menjadikan wakil-wakil persatuan agama
    di Negeri Selangor menganggotai Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam yang
    membincangkan isu-isu agama selain Islam

Lampiran

Tiada Lampiran.