Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

129) DASAR KELUARGA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar keluarga Kerajaan Negeri Selangor?

    Pada ketika ini, Kerajaan Negeri mengguna pakai Dasar Keluarga Negara secara umum. Walau bagaimanapun, ia diselaraskan mengikut keperluan di Negeri melalui Pelan Tindakan Wanita Negeri Selangor dijadikan asas dan diguna pakai di dalam pelaksanaan program-program pemberdayaan wanita dan keluarga.

     

    Terdapat 12 fokus yang digariskan di dalam pelan tindakan ini yang merangkumi aspek kekeluargaan yang menekankan kesejahteraan institusi keluarga sebagai unit asas masyarakat dalam membentuk nilai-nilai murni sesebuah masyarakat. Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan semua jabatan dan agensi- agensi Kerajaan serta badan-badan bukan Kerajaan dalam usaha bersama memelihara institusi kekeluargaan di Negeri Selangor.

     

    Jawapan (c) dan (d) adalah bersekali:

    Kerajaan Negeri merancang pelbagai program latihan pemberdayaan wanita dan keluarga melalui Pusat Wanita Berdaya.Terdapat 12 Bidang keutamaan pemberdayaan yang dirancang antaranya ekonomi, undang-undang, pendidikan dan latihan, politik, sosoial dan budaya, kekeluargaan, kesihatan dan teknologi dan alam sekitar.

     

    Sehingga Januari 2014 sebanyak RM317,500.00 telah dibelanjakan bagi pelaksanaan program dan latihan pemerdayaan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.