Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

63) DASAR KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah guru-guru KAFA dan ahli majlis dilindungi PERKESO?

    Bermula Januari 2020, 2,800 guru KAFA yang dibiayai oleh JAKIM telah mencarum kepada PERKESO dengan kos sebanyak RM559,440.00. Manakala bagi 4,200 orang guru KAFA yang dibiayai oleh Negeri sedang dalam penelitian dan perhatian kerajaan untuk menyediakan peruntukan yang sama yang dianggarkan akan melibatkan dasar baru sebanyak RM1,101,240.00 setahun.

     

    Manakala, bagi ahli majlis, pada masa kini, tiada caruman PERKESO dibuat ke atas Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan. Walaubagaimanapun, Ahli Majlis ini diberikan kemudahan perubatan dan juga perlindungan insurans.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.