Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

184) DASAR KERJASAMA SWASTA DALAM MEMAJUKAN KAWASAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan dasar penggalakan swasta untuk menjadi rakan strategik untuk membangunkan kawasan-kawasan di Selangor?

    Kerajaan Negeri sentiasa terbuka dalam menggalakkan penyertaan sektor swasta melalui kerjasama yang strategik khusus bagi membangunkan kawasan-kawasan di sekitar Selangor. Di dalam usaha ini, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) antara lainya berperanan membantu memproses permohonan pembangunan fizikal melalui kerjasama awam-swasta dan melakukan pemantauan ke atas projek-projek tersebut agar impak pembangunan dapat dinikmati rakyat.

     

    Dalam usaha memacu pembangunan di kawasan luar bandar khasnya di Daerah Sabak Bernam, Kerajaan Negeri melalui UPEN telah mewujudkan Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Sabak Bernam yang kini sedang merangka hala tuju dan mengkaji beberapa cadangan pembangunan fizikal dan bukan fizikal oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Melalui pembangunan fizikal dan bukan fizikal tersebut, Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Sabak Bernam percaya ianya dapat merancakkan ekonomi masyarakat tempatan.

    Melalui kerjasama strategik bersama Sektor Swasta, Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan semula Rumah Rehat Sabak Bernam dan Kelong Paradise Waterfront Resort yang terletak di Bagan Nakhoda Omar. Kedua-dua premis ini dilihat mempunyai potensi yang tinggi untuk digarap sebagai tumpuan pelancongan yang terulung di Negeri Selangor.

    Justeru, pelantikan pengurusan baharu bagi kedua-dua premis tersebut akan dilantik di kalangan syarikat yang mempunyai pengalaman dan tahap kewangan yang kukuh serta komited dalam menjayakan hasrat Kerajaan Negeri bagi pembangunan semula kedua-dua premis tersebut melalui kaedah Request for Proposal.

Lampiran

Tiada Lampiran.