Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

50) DASAR MBSA DAN KAWALAN BERKENAAN KAWASAN PERINDUSTRIAN RINGAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar pembangunan dan kawalan terhadap tragedi Kilang Cat dan bahan kimia yang terbakar pada 25 September 2015?

    Majlis Bandaraya Shah Alam tiada dasar pembangunan dan kawalan khas bagi kilang berunsurkan cat dan bahan kimia. Walau  bagaimanapun  dari segi penetapan zoning guna tanah dalam Rancangan Tempatan MBSA (pengubah 2) 2020 yang telah diwartakan pada 31 Julai 2014 kawasan tersebut telah di zonkan sebagai

    Tapak kilang cat yang terbakar tersebut merupakan kilang berkembar di bawah pemaju MK Associates Sdn. Bhd. Yang telah diluluskan pelan susun atur keseluruhan Bandar Baru Sungai Buloh oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) Selangor melalui surat rujukan J.P.B.K B9/B146 Vol 4/45 bertarikh 8 September 1988. Pengawalan aktiviti kilang adalah di bawah kawalan Jabatan Alam Sekitar bagi kategori industri yang dibenarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.