Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

25) DASAR PEMBANGUNAN ANAK MUDA TAHUN 2014

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan Dasar Pembangunan Anak Muda Tahun 2014

    Dasar pembangunan Anak Muda bagi tahun 2014 adalah berdasarkan kepada visi, misi, objektif dan melalui 6 Teras Belia berikutan belia memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negeri dan negara. Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan mempunyai matlamat untuk menjadikan Belia di Negeri Selangor sebagai belia Ehsan atau BES. Salah satu usaha tersebut ialah melalui pembangunan 6 Teras utama iaitu Kepimpinan, Pendidikan, Ekonomi, Kemasyarakatan, Sukan dan Kebudayaan.

     

    Halatuju program-program belia di bawah Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan pula adalah menjadikan belia ehsan, berilmu dan berdaya saing dengan misi untuk membina belia yang berkeperibadian dan memiliki pelbagai kemahiran melalui pendekatan holistik yang telah dirancangkan.

     

    Antara objektif dasar pembangunan belia adalah sebagaimana berikut :-

     

    • mengenalpasti kategori dan kecenderungan belia,
    • mewujudkan pangkalan maklumat lengkap tentang belia Selangor,
    • Mewujudkan mekanisma pengurusan dan komunikasi belia Selangor,
    • Mengenalpasti dan    melaksanakan   program-program    belia    yang menekankan aspek kepedulian masyarakat,
    • membentuk budaya sayangkan ilmu di kalangan belia,
    • membantu belia dalam mengenalpasti kerjaya yang bersesuaian,
    • menyediakan peluang dan ruang untuk belia bergerak aktif dalam sukan dan
    • menganjurkan program  hiburan  yang  bersesuaian  selaras   dengan kehidupan yang sihat dan

Lampiran

Tiada Lampiran.